akusaiful, selatan tanah melayu - Nama sebenar beliau adalah akusaiful daripada alumni PMR95/SPM97, telah menjadi ahli exmaahadian.com sejak 09-Oct-2006, aku kat maahad dulu awal2 org panggil PUN - awaaaaaaaaaaaaaaal aku kat maahad form1 lepas tu kenal dunia form 2 dah dapat nama baru PUN ROBOT kes ini pasal aku jadi robot masa malam penutup minggu silaturrahim 'aspura'
Part aku keluar je jadi robot jalan2 atas stage satu dewan gamat aku pun cam heran camne aku leh jadi robot masa latihan x jadi sangat time show je menjadi pulak bila orang dah gelak aku naik minyak lah, macam2 gaya jalan ala robocop aku buat esoknye terus lekat PUN ROBOT wargghhhhhh hahahahah


lihat semua artikel yang dihantar oleh akusaiful

« Kembali

Jenis Darah Refleksi Peribadi
Dikirim oleh akusaiful pada 2004-12-02 dalam kategori 'Ape2 saje'
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya? DARAH O Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan. DARAH A Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai. DARAH B Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. DARAH AB Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Borang Komen
Nama
Spam word
<- Salin perkataan ini maahadian kedalam textbox
Komen

HMTL asas adalah diterima seperti : <b>, <i> and <u>, BBCODE dan smilies juga boleh digunakan
 
Senarai Komen
Dikomen oleh chain pada 10/09/2008 6:04:58 pm
uish..byk yg kena kat aku..
Dikomen oleh emy n syikin bdk sp (tetamu) pada 03/09/2008 11:33:33 am
hmm..mna ko tw??xtoi pn drah ak..mcm pkar sgt tilik owg!!!!!!!!
Dikomen oleh haji_tershashul pada February 3, 2008, 8:29 pm
ceh,yg betul buleh kira dgn jari ja...
dr 10 fatka kt c2, 2 ja yg HAMPIR betul...
yg len lari ke laut..kahkah...semak semula..
Dikomen oleh ijat pada January 17, 2008, 3:21 pm
MANA ANG DAPAT ARTIKEL NI

SOHEH KA
Dikomen oleh ameer karomi pada November 21, 2007, 12:09 pm
alalallaalaaa
Dikomen oleh SITI83 pada November 17, 2007, 11:51 pm
Betul la... darah o mmg power... setia plak 2
Dikomen oleh qish pada July 23, 2007, 10:03 pm
jenis darah yang setia mudah didapati...hehe..
Dikomen oleh HUSNA BINTI BAHAROM pada July 4, 2007, 9:31 am
me vs O
Dikomen oleh SITI83 pada June 17, 2007, 11:00 pm
ada la yg betul jgk.... darah o memeang pemurah orangnya
Dikomen oleh nerd pada May 31, 2007, 10:02 pm
x laa betul sgt..hahahahahahahaaa
Dikomen oleh afiqah pada May 23, 2007, 11:06 pm
or dara o lah bagus.penderma universal.kalau ab penerima universal payah ckitnak derma.tp apa2 pun setiap perkara itu allah jadikan ada fungsinya.sunnatullah.
Dikomen oleh NaZiHaHManSoR pada May 17, 2007, 3:27 pm
bagus...sedikit sebanyak adala jugak...
Dikomen oleh nadhirah pada May 8, 2007, 6:26 pm
NI AMIK DARI MANA ARTIKEL???
Dikomen oleh haji_tershashul pada April 25, 2007, 3:51 pm
statement kat atas 2 lgsg xngam dgn keperibadian aku...
100%
Dikomen oleh qistinalaila pada April 22, 2007, 4:12 pm
ak xtau la drah jnis pa tp bla ak bc cm ak ni drh o,a,b,ab la.....hahahahah
Dikomen oleh farha pada April 5, 2007, 3:50 pm
rasa cam tekena sebijik kat che..
Dikomen oleh ghuraba pada February 11, 2007, 6:39 pm
kalu naik darah plak...camne
Dikomen oleh aries pada January 23, 2007, 4:16 pm
almk......
ak drh pe hah??.....
Dikomen oleh serulingsenja pada January 19, 2007, 1:44 pm
cayalah.org darah AB mmg best!!
Dikomen oleh budak langkawi pada January 10, 2007, 8:43 pm
mmm....sangsi je nih
Dikomen oleh sns pada January 5, 2007, 1:59 pm
A mmg bgs le...hehe
Dikomen oleh Sakeshi pada January 4, 2007, 8:56 pm
mmg leh caya sebab org darah AB mmg best!!
Dikomen oleh eifak pada December 28, 2006, 12:53 pm
haha..........leh caya ke ni?

Kongsi Artikel

Masukkan alamat emel mereka yang ingin anda kongsi artikel ini

Nama Anda
Emel Penerima

Sumbangan Artikel

Berminat untuk menyumbang artikel? klik disini