akusaiful, selatan tanah melayu - Nama sebenar beliau adalah akusaiful daripada alumni PMR95/SPM97, telah menjadi ahli exmaahadian.com sejak 09-Oct-2006, aku kat maahad dulu awal2 org panggil PUN - awaaaaaaaaaaaaaaal aku kat maahad form1 lepas tu kenal dunia form 2 dah dapat nama baru PUN ROBOT kes ini pasal aku jadi robot masa malam penutup minggu silaturrahim 'aspura'
Part aku keluar je jadi robot jalan2 atas stage satu dewan gamat aku pun cam heran camne aku leh jadi robot masa latihan x jadi sangat time show je menjadi pulak bila orang dah gelak aku naik minyak lah, macam2 gaya jalan ala robocop aku buat esoknye terus lekat PUN ROBOT wargghhhhhh hahahahah


lihat semua artikel yang dihantar oleh akusaiful

« Kembali

Sifat Lelaki Mengikut Bulan Kelahiran
Dikirim oleh akusaiful pada 2004-12-08 dalam kategori 'Ape2 saje'

Sifat Lelaki Mengikut Bulan Kelahiran(Hijrah)
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah yang mana seseorang lelaki itu dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilakunya. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya\'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, maka dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Borang Komen
Nama
Spam word
<- Salin perkataan ini maahadian kedalam textbox
Komen

HMTL asas adalah diterima seperti : <b>, <i> and <u>, BBCODE dan smilies juga boleh digunakan
 
Senarai Komen
Dikomen oleh Mohd Taqiyuddin pada 02/07/2009 5:15:31 pm
bczbbsbkagkjkfhcmxznsbdjhhekhkdb
Dikomen oleh Mohd Taqiyuddin pada 02/07/2009 5:15:06 pm
kfl;sk;k;dzx,;f,x
Dikomen oleh imanni pada 18/02/2009 5:42:14 pm
~ yer ker???
cam x cayer jer...
Dikomen oleh imanni pada 18/02/2009 5:42:11 pm
~ yer ker???
cam x cayer jer...
Dikomen oleh @meer_langkawi (tetamu) pada 15/12/2008 3:02:48 pm
WAAAAH...BGUZ JGAK KORNG EK..TQ2
Dikomen oleh haji_tershashul pada February 3, 2008, 2:16 pm
ceh,mana da...bdk2 laki bln syawal bek2 pa...keras hati apanya..
Dikomen oleh zone2020 pada December 12, 2007, 9:43 am
betul ke apa yang ditulis?
boleh g2 dimana sumbernya diperoleh?
Dikomen oleh virgogurlcute pada August 7, 2007, 8:38 am
btoi ka ni....??????
Dikomen oleh qish pada July 23, 2007, 10:13 pm
Jamadil Akhir



Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Dikomen oleh qish pada July 23, 2007, 10:11 pm
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Dikomen oleh qish pada July 23, 2007, 10:07 pm
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Dikomen oleh kucin9174349 pada June 15, 2007, 9:33 pm
errmmm....aku lahir bln apa ek??!!huhuhu
Dikomen oleh adlie pada May 24, 2007, 11:23 pm
kan ader software yg boleh convert masihi pada hijrah....rajin2 le sikit mencari..nak taruk alamat kat sini lupa lak.....
Dikomen oleh afiqah pada May 23, 2007, 10:52 pm
best juga.tapikalau boleh bagila calender islam yang dulu2 bolela nak teliti
Dikomen oleh zaihir pada May 23, 2007, 4:35 pm
mcm mana nak kira????
Dikomen oleh nadhirah pada May 8, 2007, 6:24 pm
BUH LA BULAN MASIHI SAMA.. TAKKAN NAK TANYA BALAK LAHIR BULAN ISLAM??MAMPUIH DIA NAK TENGOK KALENDAR ISLAM
Dikomen oleh amir zaki pada May 7, 2007, 9:43 pm
nampaknya ramai pompuan yang berminat nak tau bab2 bulan kelahiran ni............
Dikomen oleh qistinalaila pada April 22, 2007, 4:08 pm
wei,na tau besday lam bln hijrah...
Dikomen oleh liban88 pada March 15, 2007, 2:11 pm
tp yg aku punya bulan-xleh cita la bln bapa- accurate gla..sejibik lak..
Dikomen oleh gabriel pada March 9, 2007, 10:40 pm
salam..bnda2 camni patut berpandukan sumber yg tepat..
kalau yg brkaitan bln hijrah ni jgn men2 la..
Dikomen oleh wanna pada February 4, 2007, 8:14 pm
dalam bulan biasa
xingat la lahir bila dalam bulan islam
Dikomen oleh wanna pada February 4, 2007, 8:13 pm
untuk pompuan sama
Dikomen oleh hasina pada January 16, 2007, 1:39 am
ader ugak tul nyer, hehe
Dikomen oleh zueleka pada January 10, 2007, 5:31 pm
put d views on female too
Dikomen oleh sns pada January 5, 2007, 1:50 pm
ye ke......?
Dikomen oleh uda pada January 5, 2007, 2:03 am
cam bgga je lahir bln rabiul awal.hehehe..tp tu tuk lelaki...pompuan gi mana ya?????
Dikomen oleh ResQ pada December 29, 2006, 1:25 am
macam mana nak tau dalam bulan islam ni ha
Dikomen oleh SIRKUZX pada December 26, 2006, 3:13 pm
wei mana blehh tak betui.... mohong ngat aihhh... kita takleh caya sgt benda ni semua... tapi untuk sronok2 bleh la...awat banyak sgt jahat dr yg baik... aku tau org yang tulih ni dia ada udang disebalik banggunan..hahaha

Kongsi Artikel

Masukkan alamat emel mereka yang ingin anda kongsi artikel ini

Nama Anda
Emel Penerima

Sumbangan Artikel

Berminat untuk menyumbang artikel? klik disini